Friday 15 July 2011

PUDING DAN KEK ISTIMEWA


PUDING AISKRIM....


BAHAN-BAHAN
  • 120 gm gula pasir
  • 3 biji telur-diambil kuning sahaja
  • 60 gm serbuk badam
  • 850 ml air
  • 500 ml susu segar
  • 50 gram tepung jagung
  • 3 sudu besar serbuk agar- agar
  • 350 gram aiskrim perasa vanila
  • 2 sudu kecil pati strawberi
  • Sedikit pewarna merah
  • Buah strawberi-untuk hiasan
  • Daun pudina-untuk hiasan

CARA MEMBUAT
1. Pukul gula dan kuning telur sebentar, campurkan tepung jagung dan badam serta sedikit susu, kacau rata.
2. Tuangkan air, baki susu segar dan serbuk agar – agar ke dalam periuk.
3. Masukkan campuran tepung jagung, kacau di atas api perlahan sehingga pekat, apabila ia mendidih, angkatkan.
4. Masukkan aiskrim dan kacau segera, bahagikan dua.
5. Tuangkan satu bahagian ke dalam acuan yang sudah dibasahkan.
6. Campurkan pati strawberi dan pewarna merah ke dalam bahagian yang satu lagi,tuangkan ke atas puding.
7. Biarkan ia keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan dihidangkan.





PUDING ROTI NENAS....

BAHAN-BAHAN
  •  3 cawan susu
  •  1 cawan krim
  •  4 cawan roti panjang -dipotong dadu
  •  6 biji telur
  •  3 cawan gula pasir
  •  2 sudu besar vanila
  •  1 cawan kismis
  •  1 1/2 cawan nenas -dipotong dadu
  •  2 sudu besar mentega

CARA MEMBUAT
1. Cairkan mentega di dalam kuali. Masukkan nenas, gula dan kismis. Kacau bahan - bahan sehingga gula kekuningan.
2. Untuk membuat kastad, campurkan bersama telur, gula dan vanila,pukul dan gaul rata, masukkan susu, dan krim.
3. Pada bekas acuan, susunkan ke dalamnya roti.
4. Masukkan nenas, dan kismis dari kuali ke dalam bekas acuan.
5. Tuangkan kastad tadi ke dalam bekas acuan, biarkan ia berendam selama 10 minit.
6. Bakar di dalam oven pada suhu 175 darjah selsius selama 40 minit, setelah dibakar, keluarkan dan taburkan serbuk gula di atasnya.





PUDING BUAH CAMPUR....

BAHAN-BAHAN
  • 10 gram agar-agar serbuk atau 1 paket agar-agar biasa
  • 6 gelas air
  • 11/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air buah campur dalam tin
  • 1 tin buah campur -untuk hiasan

CARA MEMBUAT
1. Masakkan agar-agar serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi.
3. Tutup api. Masukkan air buah campur dalam tin dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan terpulanglah  acuan besar atau mangkuk kecil. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah campur yang diasingkan tadi.



 

PUDING COKLAT CARAMEL....

BAHAN-BAHAN
Bahan A
  •  ½ cawan gula-buatkan caramel
Bahan B
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar  serbuk koko
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Hiasan-buah laici dalam tin

CARA MEMBUAT
1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan dalam loyang yang berisi caramel.
2. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
3. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan besar.
4. Hiaskan dengan buah laici atau sebarang buah koktel.





PUDING LAPIS KACA....

BAHAN-BAHAN
Bahan A
  • 13 gram serbuk agar
  • 170 gram gula
  • 1 liter santan-1 biji kelapa

Bahan B
  • 13 gram serbuk agar
  • 170 gram gula
  • 1 liter air
  • Pewarna - merah, hijau dan kuning
CARA MEMBUAT
1. Masakan bahan A dan B dalam 2 periuk yang berasingan sehingga mendidih.
2. Sediakan loyang 8 x 8 inci.
3. Ambil 4 senduk agar-agar B dan tuangkan dalam loyang.
4. Ambil 4 senduk agar-agar A (bersantan) dan masukkan warna merah dan kacau rata.
5. Tuangkan perlahan-lahan ditepi loyang atas agar-agar  yang hampir beku. Ratakan sapuan agar-agar.
6. Ambil pula 4 senduk agar-agar B dan tuangkan perlahan di tepi loyang atas lapisan merah yg hampir beku. Ratakan sekeliling loyang.
7. Ulangkan semua proses melapis sehingga habis semua bahan.
8. Sejukkan dan potong. Hidangkan.





PUDING BUIH....
 BAHAN-BAHAN
  • 1 paket agar-agar strip bertali
  • 1.75 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan-disimpul
  • 6 biji telur gred A- simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail
  • Pewarna dan perasa stawbery

             UNTUK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air-guna tin susu cair
  • 7 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yang diambil dari 6 biji telur tadi
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam
 
CARA MEMBUAT
1.Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila  mendidih masukkan pewarna dan perasa stawbery. Kacau sebati.
2.Bila agar-agar suam-suam panas, pukul telur hingga betul-betul kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja). Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga betul-betul kembang dan gebu.
3.Tuangkan adunan agar-agar kedalam adunan telur dan kaca dengan mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yang telah diletakkan fruit cocktail. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
 
                 UNTUK MEMBUAT KUAH
1.Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila sudah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila sudah sejuk masukkan dalam peti ais.
2. Bila mahu menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.