Saturday 2 July 2011

MASAKAN LAUK MODEN

SIAKAP MASAM MANIS....


BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 1/2 cawan air rebusan tulang atau daging
  • 3 biji cili merah
  • 1 biji buah tomato-dipotong dadu
  • 1 biji timun-dipotong panjang 2 inci
  • 2 keping nenas-dipotong kiub
  • 3 ulas bawang putih   
  • 2 labu bawang besar-dimayang bulat
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu tomato puri
  • Garam dan gula secukup rasa


UNTUK HIASAN
  • Daun Sup
  • Daun Salad
  • Daun Bawang

 CARA MEMBUAT

1.Ikan siakap digoreng hingga masak.
2.Tumiskan bawang puteh hingga garing,kemudian masukan tomato puri dan sos tomato,tumis sehingga naik minyak.
3.Kemudian masukan air rebusan ayam atau tulang.
4.Apabila mendidih masukan bawang besar,cili merah,timun,nenas,garam,gula dan perasa.
5.Setelah masak tuangkan keatas ikan siakap tadi.
6.Masukan bahan hiasan tadi.








KEPAK AYAM BERMADU.....

BAHAN -BAHAN
  • 1/2 kg kepak ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicab pekat
  • 2 sudu besar madu                                              BAHAN A
  • 2 inci halia-kisar
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

CARA MEMBUAT
1.Perapkan kepak ayam dengan bahan A selama 30 minit.
2.Goreng kepak ayam hingga keperangan.
3.Hidangkan dengan sos.





MASAK LEMAK PISANG MUDA….

BAHAN-BAHAN
  • 1 sisir pisang kapas
  • 10 tangkai cili padi-dikisar
  • ½ inci kunyit hidup-dikisar
  • 2 ulas bawang merah-dikisar
  • 2 ulas bawang putih-dikisar
  • ½ kg santan pekat
  • 50 gram tulang ikan talang masin
  • 2 batang serai-diketuk
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT
1.Masak tulang ikan masin bersama santan serta bahan-bahan yang telah dikisar.
2.kacau sampai mendidih.
3.selepas itu,masukan pula pisang kapas serta serai yang telah diketul ke dalamnya.
4.tambahkan garam dan kacau sampai sebati.Sedia untuk dihidangkan.







AYAM MASAK HIJAU…..

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu teh sebuk kunyit

  • 5 ulas bawang puteh                                             BAHAN A

  • ½ inci halia
  • 2 biji cili hijau
  • 2 batang serai
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 3 cawan santan
  • 3 keping asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • Garam,gula dan perasa
Minyak dan pewarna hijau

CARA MEMBUAT
1.Ayam dipotong sesuka hati,bersih dan toskan.
2.Perapkan ayam bahan A dan pewarna hijau selama 30 minit.
3.Goreng ayam separuh masak.
4.Mesin halia,serai,lada hijau,bawang merah dan bawang putih hingga hancur.
5.masukan bahan-bahan yang dimesin kedalam  santan pekat, biarkan mendidih sekejab barulah dimasukan ayam, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perasa.
5.Sedia dihidangkan bersama nasi putih.










NASI PAPRIK AYAM...


BAHAN-BAHAN
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 3 ketul dada ayam
  • 1 batang keret
  • 15 urat kancang panjang
  • 5 biji buah tomato
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji cili api
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 botol kicap manis
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk sedang bunga kubis
  • Garam,gula dan perasa


CARA MEMBUAT
1.Dada ayam dipotong kecil-kecil.
2.Bunga kubis,kancang panjang dan keret dipotong 2 inci panjangnya.
3.Buah tomato dibelah empat.
4.Cili besar dan cili api dipotong sesuka hati.
5.Tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
6.Panaskan sedikit minyak didalam kuali,tumiskan bawang putih yang dimayang bersama bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Apabila bawang layu masukan ayam serta sedikit garam,masaklah sehinga naik aromanya dan masukan air untuk kuahnya.
7.Masukan semua jenis sayur serta kicap,garam,gula, dan perasa serta sos tiram. Apabila mendidih  masukan pula buah tomato dan cili serta bancuhan tepung jagung..
8.Rasalah kuahnya. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.




AYAM CILI BIJI GAJUS.....

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam-dipotong sesuka hati
  • 1.2 kg minyak masak
  • 500 ml minyak masak-untuk menggoreng
  • 100 gram bawang putih-dihiris
  • 200 gram bawang merah-dipotong dadu
  • 50 gram cili kering-dipotong 1 cm
  • 100 gram halia-dihiris
  • 50 gram daun bawang-dipotong
  • 100 gram sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap cair
  • Garam secukup rasa

 CARA MEMBUAT
1.Ayam dipotong dan dicuci lalu ditoskan.
2.Panaskan minyak kemudian goreng ayam lalu ketepikan.
3.Panaskan sedikit minyak dalam kuali , masukan cili kering,bawang putih,halia,bawang merah dan sos tiram. 
4.Setelah itu, masukan ayam,kicap pekat,kicap cair,biji gajus dan daun bawang. Gaul hingga sebati.
5.Sedia dihidangkan.










NASI GORENG CINA....


BAHAN-BAHAN
  • 2 pinggan nasi putih
  • 1 cawan udang basah-buang kulitnya
  • 1 cawan isi ayam-direbus dan disiat
  • 1 cawan sayur campur
  • 4 biji telur-dipukul         
  • 5 biji cili merah-ditumbuk
  • 5 ulas bawang mera-dikisar
  • 1 pokok daun bawang-dihiris
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1.Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan sayur campur. 
2.Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. 
3.Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. 
4.Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.




NASI GORENG USA....

BAHAN-BAHAN  
                             -NASI
  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih-dicincang halus
  • 1 sudu cili boh-giling
  • 1 sudu stok pekat ayam/kiub
  • 80 g sayuran campur
  • 450-500 g nasi -yang sudah sejuk
  • 1-2 sudu serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa

                           -BAHAN LAUK

  • 300 gram daging batang pinang
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam-yang ditumbuk kasar lebihkan jika ingin lebih pedas.
  • 1/2 biji lada benggala hijau-dipotong ikut suka
  • 1 biji lada merah-dipotong ikut suka
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu besar tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng.

-CARA PENYEDIAN NASI GORENG

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih.
2. Bila sudah naik wangi, masukkan cili boh/giling dan kacau 1 min.
3. Masukkan stok ayam dan sayuran campur.
4. Bila sayuran empuk, masukkan nasi dan kacau rata.
. Tambah serbuk lada sulah dan garam secukupnya sebelum diangkat.
6. Padatkan nasi ke dalam mangkuk kecil kemudian terbalikkan di atas pinggan.

-CARA PENYEDIAAN LAUK

1. Potong daging nipis-nipis
2.Potong panjang  lada benggala dan lada merah
3. Panaskan minyak. Goreng daging lebih kurang 3 – 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api.Hidangkan bersama nasi goreng tadi.





1 comment:

  1. salam, kite nak mintak izin nak copy paste ye
    sbb nak blaja masak, boleh kan? kite nak print neh, mekaseh :)

    ReplyDelete