Friday, 8 July 2011

ANEKA MASAKAN MEE ISTIMEWA

MEE HAILAN NUR...

BAHAN-BAHAN
  • 10 ekor udang-dibuang kepalanya dan dibersihkan
  • 4 ekor sotong -di potong kecil
  • Ayam atau daging-dipotong nipis-nipis
  • Sedikit halia-di hiris
  • 2 ulas bawang putih-di hiris
  • 2 ulas bawang merah-di hiris
  • 2 biji lada merah-dihiris
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit lada putih
  • Kicap pekat
  •  1 kg yee mee atau mee kuning
  • Sedikit fish ball dan fish cake
  • Sedikit tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
  •  1 batang carrot-di hiris bulat
  • Garam dan gula
  • Cendawan butang- direndam dan dihiris
  • Sedikit kobis panjang
  • sedikit cauliflower -di potong

CARA MEMBUAT
1. Mula-mula tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan lada merah yang telah di hiris.
2.Masukkan daging. Seeloknya daging yang digunakan itu adalah daging yang lembut.
3.Masukkan udang dan sotong.
4.Masukkan air dan sos tiram dan lada putih secukupnya.
5.Masukkan fish ball dan fish cake. Kemudian masukkan kicap pekat.
6.Apabila sudah mendidih masukkan sayuran diikuti dengan yee mee atau mee kuning.
7.Selepas itu masukkan sedikit tepung jagung yang telah di kacau dengan sedikit air.
8.Tambahkan garam dan gula mengikut rasa.








MEE BANDUNG JOHOR....


BAHAN-BAHAN
  • 1/2 paket mi-dicelur
  • 200 gm daging atauayam
  • 1/2 kg udang besar
  • 200 gm udang kering
  • 3 camca besar cili mesin atau serbuk
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji kelapa- diperah dan diambil santannya
  • 5 cm halia
  • 1/4 kg sawi
  • 5 biji telur
  • 1 biji timun
  • 4 biji tauhu-dipotong dan digoreng
  • 100 gm serbuk kacang tanah
  • Garam dan gula
  • Daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUAT
1. Bawang merah, putih, halia dan udang dimesin hingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diemsin bersama cili hingga naik baunya.
3. MAsukkan sedikit air dan santan
4. Bila mendidih, masukkan ayam dan udang
5. Masukkan garam, sawi dan serbuk kacang.
6. Tunggu seketika sehingga semua tergaul rata
7. Mi dicelur berasingan dan telur digoreng mata kerbau
8. Hidangkan bersama kuah yang dimasaktadi, bawang goreng dan daun bawang.








MEE SUP DAGING....


BAHAN-BAHAN

                     -TAMBAHAN

  • Mee kuning secukupnya- di celur
  • Taugeh
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Bawang goring



                  -UNTUK KUAH SUP

  • 500 gram daging atau tulang-tulang  lembu
  • 1 sudu besar lada putih-dikisar
  • 4 biji bawang merah-dikisar
  • 1 labu bawang besar-dikisar
  • 5 ulas bawang putih-dikisar
  • 1 1/2  inci halia-dikisar
  • Rempah- kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • Air untuk kuah secukupnya
  • Garam
  • Serbuk perasa 
  • Sambal kicap


CARA MEMBUAT



1. Rebus tulangtulang lembu bersama daging hingga empuk.

2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.

3. Kemudian curahkan bahan tumis bersama minyaknya kedalam rebusan daging tadi…

4. Masak lagi hingga mendidih dan sesuaikan rasa.

5. Hidangkan mee kuning bersama kuah sup, taugeh, hirisan daging, daun bawang, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap.










MEE SIZZLING....
BAHAN-BAHAN
  • 2-3 buku yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake-rendam sehingga agak lembut dan potong
  • 1 keping dada ayam-dipotong sesuka hati
  • 3 biji cili kering-potong dua
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar sos tiram pekat
  • 1/2 in halia-hiris nipis
  • Serbuk lada hitam  
  • Garam-secukup rasa  
  • Sedikit minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung-dibancuh dgn sedikit air  
  • Sedikit minyak untuk menumis 
CARA MEMBUAT

1.  Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.   Masukkan ayam yang telah potong sehingga agak empuk.
3.   Masukkan 2 cawan air.
4.   Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada
      hitam. Biarkan mendidih.
5.   Masukkan cendawan serta sayur-sayuran lain- tunggu 2-3 minit.
6.   Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7.   Titikkan minyak bijan beberapa titik-jangan banyak-banyak.
8.   Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar dan hidangkan.



 

MEE JAWA ISTIMEWA.....


BAHAN-BAHAN
  • mee kuning sebungkus-celur
  • 2 biji sedang keledek merah-rebus dan lecek
  • 1 biji bawang besar-tumbuk
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk
  • 2 senduk kecil cili boh
  • 1 batang serai-ketuk
  • 10 ekor udang sedang
  • 1 genggam udang kering-tumbuk
  • Garam dan gula
  • 2.5 liter air
  • minyak masak 
  • 3 biji telur ayam-direbus dan dikupas kulit 
  • Seikat daun salad-dihiris kerabu
CARA MEMBUATNYA
1.Rebus udang dengan garam. Air rebusan diambil dan dikisar kulit udang. Hampas udang ditapis dan diambil airnya sahaja.
2.Tuang minyak dalam periuk dan tumis serai, bawang besar dan putih serta udang kering hingga wangi
kemudian masukkan cili boh dalam tumisan tadi serta goreng hingga pecah minyak.
3.Selepas itu, masukkan air rebusan udang dan biarkan mendidih sedikit.
4.Apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan kacau hingga kuah sebat.
5.Akhir sekali sebatikan sasa dengan garam dan gula serta masukkan udang.

6.Sedia untuk dihidangkan bersama mee yang telah dicelur tadi dan bersama telur rebus dan sedikit daun salad.
 





No comments:

Post a Comment