Thursday 21 July 2011

BISKUT RAYA ISTIMEWA

ALMON SNOW....


BAHAN A
  • 110 gram mentega
  • 1/2 sudu besar shortening
  • 50 gram gula kastor
  • 1/2 sudu kecil esen kopi
  • 1/2 biji kuning telur

BAHAN B

  • 110 gram tepung gandum
  • 25 gram nestum-dikisar
  • 1 sudu besar coffeemate
  • 35 gram tepung ubi
  • 20 gram serbuk badam

BAHAN HIASAN

  • Serbuk roti putih-breadcrumb
  • Coklat masakan
CARA  MEMBUAT
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur, Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih.





BLUEBERY TART....

BAHAN-BAHAN
               BAHAN A
  • 250 gram butter
  • 2 sudu teh gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna ungu
  • 2 sudu teh blueberry esen

               BAHAN B
  • 200 gram tepung jagung
  • 180 gram tepung gandum
                   INTI

  • Jem bluebery
                HIASAN
  • Coklat puteh
CARA MEMBUAT1. Sebatikan semua bahan A.
2. Masukkan bahan B & sebatikan menjadi doh yang lembut.
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & bentukkan & letak inti di dalam.
4. Bakar 25 minit.

5. Setelah masak dan disejukan beberapa minit kemudian layerkan dengan sedikit coklat putih diatas tart itu tadi.

No comments:

Post a Comment